Lollipop

Sunday, 6 March 2016




































Isu Semasa Berkaitan Mempertahankan Dan Memelihara Agama,Bangsa Dan Negara

            Ramai yang masih mempertikaikan bahawa patriotisme atau semangat cintakan tanah air merupakan satu ideologi sesat lagi menyesatkan.Dakwaan mereka seolah-olah patriotisme mengambil alih peranan agama lantas meletakkan kecintaan kepada tanah air melebihi kecintaan kepada Tuhan yang seharusnya merupakan kemuncak kepada segala-galanya.

            Oleh hal yang demikian ,Islam amat mementingkan setiap penghujahan akan sesuatu perkara diambil berasaskan kepada ilmu dan fakta yang sahih. Bukannya hanya tergantung pada emosi dan metal melulu hingga boleh mengharu-birukan pemikiran dan tindakan.

            Selain itu , perkataan patriotisme itu sendiri bukannya berasal daripada tradisi ketamadunan Islam. Ini kerana patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud bapa dan Patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua kata tersebut digabungkan, maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air.

            Persoalan yang sering dipertikaikan kini apakah patriotisme atau patriotik yang secara mudahnya bermaksud semangat cintakan tanah air itu adalah bertentangan dengan Islam? Hakikat yang perlu difahami bahawa nilai dan semangat patriotik cukup banyak dipersembahkan melalui pengkisahan daripada al-Quran mahupun hadis.

            Kita sebagai seorang Islam boleh mencontohi kisah yang menggambarkan semangat cintakan tanah air oleh Nabi Ibrahim As sebagaimana yang dirakam di dalam al-Quran.“Dan (ingatlah, ketika Ibrahim berdoa: ‘Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada ALLAH dan hari kemudian” (Al-Baqarah:126)

            Malah Nabi Muhammad SAW sendiri banyak digambarkan dalam hadis betapa nilai kasih sayang kepada tanah air cukup menyebati dalam diri Baginda. Semangat cintakan tanah air dalam jiwa Nabi SAW diriwayatkan dalam banyak hadis, antaranya dialog Nabi dengan bumi Makkah tatkala Baginda terpaksa berhijrah ke Madinah:“Engkau wahai Makkah merupakan satu bumi yang baik dan paling aku cintai, kalau sekiranya kaummu (pendudukmu) tidak mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak akan tetap di mana-mana tempat selain daripadamu.” (HR Tirmidzi)


            Menurut Prof. Emiritus Dr. Hisham Sharabi, dalam Islam, patriotisme dikenali sebagai wataniyah yang diamalkan dalam sempadan sesebuah negara yang tidak akan sesekali membelakangi prinsip agama.Ini kerana dalam kerangka Maqasid al-Syariah atau matlamat syarak,  agama senantiasa terletak pada kedudukan atau hierarki tertinggi dalam senarai kewajiban untuk dipelihara, dipertahan dan dimartabatkan.

            Dalam konteks ini, mempertahankan negara dengan maksud memelihara agama juga adalah sebahagian daripada maqasid. Ini kerana Islam juga bangkit dengan asbab wujudnya Madinah al-Munawwarah sebagai Negara Islam yang pertama.


No comments:

Post a Comment