PENUTUP
Etika, sains dan teknologi adalah saling
berkaitan antara satu sama lain. Tiga element ini adalah bersifat saling
memerlukan antara satu sama lain. Islam menyambut baik segala bentuk ilmu
pengetahuan termasuklah sains dan teknologi selagi mana ianya menepati etika
Islam.Maka tidak hairanlah segala penemuan sains dan teknologi rata-ratanya
dipelopori oleh sarjana Islam.
Oleh itu, dalam kehidupan seharian sebagai
individu Muslim, menjadi suatu kewajipan kepada kita semua untuk sentiasa
mengamalkan etika Islam dalam segala bidang termasuklah sains dan
teknologi.Cabang ilmu ini membuka ruang untuk kita memartbatkan Islam di
persada dunia.Namun begitu, usaha ini tidak dapat dilaksanakan tanpa sokonga
dan komitmen padu daripada seluruh umat Islam. Justeru, amalan hidup beretika,
berusaha dan sentiasa inovatif dalam sains dan teknologi hendaklah menjadi
amalan kita semua.
Selain itu,tidak menjadi kesalahan untuk menusia
sentiasa meneroka dalam apa jua bidang yang diceburi. Apatah lagi dalam bidang
sains dan teknologi yang tidak dapat dinafikan banyak membawa masalah keatas
kehidupan manusia.Bahkan menjadi pendorong agar seseorang itu lebih dekat
dengan Allah sebagai Pencipta sekalian alam.
Oleh itu, setiap ilmuwan Islam hendaklah
benar-benar mendalami Al-Quran dan Sunnah agar etika, sains dan teknologi
adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang kita anuti. Sehubungan
itu,perkara menyedihkan melihat realiti
pada hari ini, dimana saintis-saintis Islam memandang mudah terhadap etika
Islam lalu mengagungkan etika barat yang ada sesetengahnya bercanggah dengan
etika Islam.
Selain itu, adalah wajar untuk menggunakan
khidmat penasihat syariat dalam apa jua kegiatan sains dan teknologi yang ingin
dijalankan. Hal ini bagi memastikan para saintis bukan sahaja bebas dari
sebarang ancaman mahupun fitnah, tetapi juga menjaga hak dan nama baik Islam
yang menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankannya.
Sebagai tambahan, setiap ahli masyarakat haruslah
sentiasa berusaha untuk memastikan etika, sains dan teknologi berjalan seiring
hingga ke akhirnya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung, kita semua
terlibat dalam menyumbang kearah sains dan teknologi Islam yang beretika. Oleh
itu, tidak kira dalam apa jua bidang yang kita ceburi, etika Islam hendaklah
sentiasa diamalkan selaras dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

No comments:
Post a Comment