Lollipop

Monday 7 March 2016

PENDAHULUAN
         
Etika, sains dan teknologi dalam Islam adalah  frasa yang diibaratkan satu simpulan erat yang tidak mungkin mampu dipisahkan. Ketiga-tiga unsur ini diinspirasikan daripada Al-quran dan As-Sunnah dan telah terlebih dahulu diamalkan oleh umat para Anbiya’ sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW. Setelah kedatangan Islam yang hadir untuk melengkapkan agama-agama yang lain, etika, sains dan teknologi semakin berkembang pesat dan maju. Manusia semakin giat menjalankan kajian untuk menambah baik nilai kehidupan.Penciptaan kapal terbang, penerokaan ke ruang angkasa, penemuan fosil dan sebagainya menarik minat lebih ramai individu untuk mendalami ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang sememangnya luas.

Namun begitu, sejurus dengan arus permodenan yang dicapai, manusia semakin terlupa akan hakikat sains dan teknologi yang sentiasa terikat dengan etika PenciptaNya. Islam tidak mengahalang umatnya untuk sentiasa mengembangkan ilmu pengetahuan. Namun begitu, jika ianya tidak disandarkan kembali kepada dua petunjuk utama, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, sudah pasti, segala kejayaan dan penemuan dalam cabang ilmu ini tidak mampu diraih sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, etika, sains dan teknologi haruslah bergerak seiring di atas jalan kebenaran yang telah Islam gariskan.

Akhir sekali, prinsip perlaksanaan Islam amat menitik berat tentang pemeliharaan hubungan sesame kaum,bangsa dan negara. Kita sebagai umat Islam haruslah memegang prinsip perlaksaan etika menurut Islam supaya hidup dalam aman dan harmoni.

         

No comments:

Post a Comment